Ads Top

Resepi Tempe Goreng Tepung Rangup

Salam semua, hari ini saya ingin kongsikan resepi tempe goreng tepung yang sedap. saya memang membesar di kalangan masyarakat melayu jadi tidak pernah kenal masakan jawa seperti tempe. tapi saya memiliki kawan semasa sekolah mereka ialah keturunan jawa.

pernah cuba berkunjung ke rumah kawan keturunan jawa untuk mengerjakan tugas sekolah dan kawan saya menyediakan tempe goreng tepung dan barulah tahu masakan jawa hampir sama seperti masakan minang dan padang.
Resepi Tempe Goreng Tepung

Resepi Tempe Goreng Rangup


makanan ini biasanya dijadikan kudapan atau boleh juga disediakan bersama sambal dan nasi. tempe adalah makanan yang sihat kerana mengandungi protein yang amat tinggi. sayapun tak tahu sejak bilakah saya mulai menggemar tempe.

tempe goreng paling sedap bila dimakan petang-petang dan dicicah bersama dengan kicap. jom langsung je kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 2 paket tempe - hiris tipis
  • 1 biji telur
  • 1 daun bawang - hiris tipis
  • ketumbar secukunya - tumbuk halus @
  • 1 cawan tepung terigu atau boleh gunakan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk halus @
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus @
  • 1/4 sudu kecil teh serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng terendam
  • garam secukup rasa
Cara Penyediaan

1. tumbuk halus bawang putih bersama, ketumbar, dan jintan manis. kemudian satukan semua bahan diatas kecuali air.

2. gaul adunan hingga sebati dan masukan air sedikit demi sedikit. lepas tu panaskan minyak dalam kuali.

3.  bila minyak sudah panas, celupkan tempe ke dalam adunan tepung dan  goreeng hingga agak kekuningan atau hingga masak.

4. bila sudah masak angkat dan sediakan bersama sambal kicap untuk minum petang atau kudapan di waktu senggang. 


bagaimana mudah je kan resepi tempe goreng tepung yang saya kongsikan. selamat mencuba!

No comments:

Powered by Blogger.