Ads Top

Resepi Bubur Ayam ala McD

Resepi bubur Ayam McD adalah menu saya pagi ini. makanan ini menjadi kegemaran saya dan keluarga bila masa pagi hari. yang paling saya suka dari bubur ayam McD adalah penyedianya yang cepat dan mudah jadi tidak memerlukan masa lama di dapur.

sebelum ini saya suka order atau berkunjung ke cawangan McD yang berdekatan dan makanan ini dapat banyak feedback positif dari penggemar bubur ayam.
Resepi Bubur Ayam ala McD

Resepi Bubur Ayam McD


jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia - hiris halus
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit isi ayam - potong-potong kecil
  • serbuk secukup rasa pati ayam
  • sedikit minyak bijan - tak de pun tak pe
  • air secukupnya
  • sedikit daun bawang dan sup - hiris 
Cara Penyediaan

#1: masukan air untuk rebus ayam dan pastikan air rebusanya banyak kerana untuk masak nasi juga. kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

#2: basuh beras sehingga bersih selepas tu masak nasi dengan air rebusan ayam tadi. asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

#3: semasa memasak nasi, kacau dan masukan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

#4: dan bila bubur ayam dah masak masukan halia, serbuk perasa, dan garam. masukan juga hirisan daging ayam ke dalam bubur.

#5: akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, dan daun bawang atau sup. kemudian masukan juga beberapa titik minyak bijan.

bagaimana mudah kan resepi bubur ayam McD ini dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

No comments:

Powered by Blogger.