Ads Top

Resepi Puding Kastard Berkuah Sedap

Apa khabar semua, hari ini saya ingin kongsikan resepi puding kastard berkuah. biasanya makanan ini selalu saya buat ketika bulan ramadhan tiba. petang tadi aku layan puding kastard berkuah yang sedap hingga makan tak henti-henti.

masih tak jemu menghadap bermangkuk-mangkuk puding sepanjang musim hari raya ini. makanan ini sangat popular di masyarakat Malaysia dan biasanya menjadikan dessert pilihan sempena majlis rumah terbuka dan menu berbuka puasa.
Puding Kastard Berkuah Sedap

Puding Kastard Berkuah


puding kastard pada entry kali ini saya buat atas permintaan pembaca setia blogopsi.com yang sudah mengirim saya email. sebenarnya saya juga sudah menulis resepi puding yang tak kalah sedap iaitu resepi puding jagung kastard dan puding Polkadot fruit jelly yang boleh anda baca sebagai cadangan resipi puding lainya.

sebenarnya saya sudah tahu ramai orang yang sudah pandai buat puding ni, tapi nak jugalah bubuh lagi. jom lah intai-intai resepi puding berkuah yang mudah ini.

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 3 sb gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 10 gm serbuk agar-agar
Cara-Cara

1. mula-mula masak agar-agar bersama gula hingga mendidih dan larut kemudian tuangkan susu cair.

2. bancuh tepung kastard dan air selepas tu tapis dan tuangkan ke dalam adunan puding tadi kemudian kacau adunan hingga pekat.

3. bila sudah masak masukan ke dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

##untuk larutkan agar-agar, masukan dulu agar-agar ke dalam periuk kemudian masukan air dan kacau rata agar tidak berbentil

Kuah Kastard

Bahan-Bahan


  • 1 tin susu cair
  • 1 sb tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 gelas air
  • 4 sb gula pasir
  • secubit garam
Cara-Cara

1. masak susu bersama air dan gula hingga larut dan mendidih menggunakan api perlahan kemudian bila sudah mendidih bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah.

2. kemudian tambahkan esen vanila dan secubit garam dan biarkan hingga mendidih.

3. bila sudah masak angkat dan masukan ke dalam peti ais agar cepat sejuk.

Note : untuk cara menghidangkanya masukan kuah ke dalam mangkuk kemudian masukan ais dan letakan puding tadi. agar tampilan lebih cantik boleh juga tambahkan fruit cooktail.

bagaimana mudah kan resepi puidng kastard berkuah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

No comments:

Powered by Blogger.