Ads Top

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung Sedap

hello jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi Ikan goreng celup tepung. terima kasih atas kunjungan anda apa sahaja yang terlintas di fikiran akan kuluahkan disini dan atas kunjungan anda selama 1 tahun ini membantu blog ini semakin besar dan jaya.

ikan goreng tepung memang sedap dan rangup jer rasa ikan ni, walaupun sudah sejuk tetap rangup dan bahan-bahan yang digunakanpun untuk membuat masakan ini amat ringkas.
Resepi Ikan Goreng Celup Tepung

Resepi Ikan Goreng Celup Tepung


suami sangat menolong saya memasak di dapur kerana biasanya sibuk bekerja, suami dan saya biasanya memasak bersama ketika cuti. alangkah seronoknya ketika waktu cuti kerana dapat melakukan aktiviti bersama.

Jom, kita layan resepi ikan celup tepung dibawah:

Bahan-Bahan

  • 5 - 6 ekor ikan kembong - bersihkan dan toskan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara Memasak

1. siapkan wadah dan masukan semua bahan diatas kecuali ikan dan gaul hingga rata. bila adunan terlalu pekat tambahkan sedikit air.

2. panaskan minyak dalam kuali dan celupkan ikan kembong ke dalam adunan tadi.

3. goreng ikan tadi hingga garing dan berwarna keemasan

4. akhir sekali,  bila sudah masak angkat dan hidangkan ketika masih panas-panas.

Note :
bila anda ingin ikan lebih crunchy boleh tambahkan teoung beras. okay, sampai jumpa lagi di resepi sedap berikutnya.

No comments:

Powered by Blogger.