Ads Top

Resepi Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis Mudah

hari ini saya membeli ikan bilis dan apabila sampai di rumah saya bingung ketika ingin memasaknya. saya tidak tahu menu apa yang mudah untuk ikan bilis ini. akhirnya, saya mempunyai idea rahsia yang telah lama saya simpan.

hari ini saya nak kongsikan resepi rempeyek kacang tanah dengan ikan bilis yang rangup dan mudah. bonda pernah makan rempeyek? kami biasa sebut rempeyek tetapi ada sebahagian orang yang sebut tempeyek dan keduanya sama sahaja.
Resepi Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis Mudah

Resepi Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis


resepi ini menurut saya sangat mudah dan bila anda kesulitan untuk menyediakan rempeyek ini nanti saya akan kongsikan langkah demi langkah. kini rempeyek boleh menjadi kuih 1 malaysia. berdasarkan sejarah, rempeyek  ini popular dalam kalangan masyarakat jawa yang hijrah ke negara ini sebad lalu.

tak usah berlama-lama jom kita layan resepi dibawah :

Bahan-Bahan
Resepi Rempeyek Kacang Tanah


  • 100 gram ikan bilis - dibelah 2 
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 biji kelapa - 5 cawan santan cair (sebaiknya buat lebih sebab akan digunakan tambahan santan cair)
  • 1 bungkus kecil ketumbar - kisar
  • 1 bungkus kecil jintan manis - kisar
  • 1 bungkus kecil jintan putih - kisar
  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara Buat Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis

1. bersihkan kemudian toskan kacang tanah hingga kering. bila masih lembab nanti kacang tanah kurang rangupnya. basuh rempah-rempah dan kisar kasar selepas tu ketepikan

2. siapkan bekas atau mangkuk kemudian masukan semua bahan kisar bersama kapur makan, gula, garam, dan tepung beras kemudian gaul sehingga sebati. masukan santan dan adun bahan tadi sehingga kelihatan cair dan jika masih terlalu pekat boelh tambahkan santan lagi.

3. anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar dan jika nak mula menggoreng, buat 1 mangkuk yang lain untuk mudah kita jaga cair atau pekat bancuhan tadi. bila adunan agak pekat tambahkan santan dari masa kemasa.

4. ambil sesudu bancuhan kemudian masukan ikan bilis dan kacang tanah di dalam sudu dan layangkan ke tepi kuali. 

5. biar lebih kurang 1 minit selepas terbalikan rempeyek. agar rempeyek tidak gosong masak menggunakan api sederhana sahaja. jika permukaan kacang sudah kecoklatan baru terbalikan.

6. akhir, sekali bila kacang tanah sudah garing, angkat dan toskan rempeyek tersebut. bila hendak menyimpan tunggu hingga sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Rempeyek Kacang Tanah

bila anda tak suka dengan ikan bilis bolehlah letak kacang tanah sahaja, demikian resepi rempeyek kacang tanah dan ikan bilis. sampai jumpa di artikel seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.