Ads Top

Resepi Kek Pisang Kukus Lembab Mat Gebu dan Sedap

Hari ini saya nak kongsikan resepi kek pisang lembab yang mudah dan pastinya sedap. saya memang penggemar kuih atau kek yang dikukus kerana kek menjadi lembut dan lembab bila dimakan.

ramai penggemar kek pisang rupanya, mungkin kerana mungkin kerana buah pisang mudah sangat untuk di dapatkan. bunda boleh membeli di pasar tani atau super market. saiz kek ini juga sangat sesuai untuk hidangan keluarga yang kecil.
Resepi Kek Pisang Kukus Lembab

Resepi Kek Pisang Lembab


banyak resepi kek yang sudah saya cuba. tetapi, resepi ini yang paling berkesan buat saya sebab pertama kali saya boleh buat kek adalah resepi kek pisang lembab ini. seperti kek lainya kalau tak habis, kita boleh jer simpan dalam freezer dan bila ingin kita makan panaskan dan hidangkan lagi.

Baca Juga:



Jom kita tengok resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 4 biji pisang - lecek
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kaster
  • 1 cawan minyak jagung
Bahan Ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk soda bikarbonat
Bahan Lain
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sb jus limau nipis
Cara Buat Kek Pisang Lembab
Resepi Kek Pisang Kukus Lembab

1. panaskan oven pada suhu 170 drajah Celcius, kemudian siapkan loyang dan lengser mentega ke seluruh bahagian loyang dan ketepikan.

2. putar gula, minyak dan telur sehingga putih dan masukan pisang selepas tu kacau rata. masukan tepung yang sudah di ayak dan kacau sebati menggunakan spatula.

3. masukan esen vanilla dan jus limau kemudian gaul sebati dan bila adunan sudah siap masukan ke dalam loyang bakar selama lebih kurang 50 minit sehingga masak.

Bila bonda menggunakan mentega cairkan dahulu dan biarkan sejuk dan untuk kek yang saya sediakan semua bahan ayak saya campur kemudian di ayak. bagaimana mudah kan resepi kek pisang lembab yang saya share ini?

No comments:

Powered by Blogger.