Ads Top

Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol Mudah dan Sedap

Ikan tongkol sememangnya mempunyai isi yang keras dan tebal, sebab tu lah ikan nie sesuai dibuat asam pedas dan gulai. hari ini saya nak share resepi asam pedas ikan tongkol yang saya dapat dari rakan saya dari selangor.

pilih ikan tongkol hitam sebab ia lebih lembut dan untuk bedakan tongkol hitam dengan tongkol putih mudah sahaja. tengok sahaja bahagian sirip tepinya.
Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol

Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol


sebenarnya, ada sedikit kelainan dengan resepi asam pedas yang pernah saya cuba sebelum ni. saya tambah campuran rempah dan ketumbar membuat rasanya sikit berbeza. jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 ikan tongkol bersaiz sedang
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 biji tomato - belah 4 bahagian
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa bancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 1 batang bunga kantan - belah 2
  • 1 cekak daun kesom
  • sedikit gula dan garam
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cawan kili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan - dibakar
  • air secukupnya - saya guna 4 cawan
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus atau guna yang serbuk
  • 1 inci halia
Cara Buat Asam Pedas Ikan Tongkol
Resepi Asam Pedas Ikan Tongkol

#1: potong ikan tongkol menjadi 2 - 4 bahagian kemudian rendam sekejam dalam air asam jawa. cuci bersih dan toskan. belah tomato menjadi 4 bahagian dan ketepikan.

#2: siapkan periuk dan panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga harum dan naik bau. selepas tu masukan cili kisar sehingga terbit minyak, masukan 1 cawan air dan biarkan mendidih.

#3: bila dah mendidih masukan potongan ikan tongkol tadi bersama air asam jawa dan gaul rata, biarkan sehingga mendidih. tambahkan daun daun kantan, daun kesum, dan tomato.

#4: tambahkan 3 cawan air. jika bonda suka kuah pekat boleh dikurangkan air tadi.

#5: akhir sekali, biarkan sehingga mendidih dan perasakan dengan sedikit gula dan garam, masak menggunakan api sederhana.
bila dah masak boleh diangkat dan sediakan bersama nasi putih, demikian resepi asam pedasikan tongkol saya harap bonda suka dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.