Resepi Telur Rebus Masak Sambal Tumis Sedap
Sebenarnya resepi telur rebus masak sambal tumis nie saya tak terlalu berpuas hati sebab masakan saya tak secantik punya ibu saya. saya banyak belajar memasak dari ibu dan masakan yang paling saya suka adalah resepi mee kari ayam special dan resepi ikan kerisi masak taucu.
oh iya, selamat berhujung minggu untuk semua pembaca yang setia singgah di blog ini, saya harap anda sentiasa sihat agar boleh memasak masakan yang sedap untuk keluarga.
resepi yang saya kongsikan ini sangat ringkas dan sila abaikan bila anda memang anda dah pandai memasak resepi ini.
bila anda ingin mencuba memasak telur rebus sambal tumis ala saya sila layan resipi dibawah ini:
Bahan-Bahan

Resepi Telur Rebus Masak Sambal Tumis
bila anda ingin mencuba memasak telur rebus sambal tumis ala saya sila layan resipi dibawah ini:
Bahan-Bahan
- 3 atau 4 biji telur - rebus dan buang kulitnya
- 5 biji cili besar merah - dikisar
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh gula
- serbuk perasa - bila anda suka
- minyak
- gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Telur Rebus Sambal Tumis
#1: panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali kemudian masukan bawang putih, bawang merah, dan tomato. goreng bumbu tadi sampai layu kurang lebih 5 minit
#2: selepas tu keluarkan bahan yang digoreng tadi dalam kuali dan blender sehingga hancur.
#3: di kuali yang sama masukan telur yang dah direbus dan dibuang kulitnya tadi. goreng sekejap sahaja angkat dan ketepikan.
#4: tumis cili yang dah dikisar tadi menggunakan sisa minyak yang digunakan untuk menggoreng telur tadi dan masak sehingga agak pekat. kemudian masukan sedikit gula dan garam.
#5: akhir sekali, sesuaikan rasa dan bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmm Sedaaappp!
dah itu saja resepi telur rebus masak sambal tumis yang saya kongsikan untuk anda. selalu lawati blog blogopsi.com kerana saya akan terus mengupdate resipi-resipi terbaru untuk anda semua, terima kasih.
No comments: