Ads Top

Resepi Mee Kari Ayam Special dan Sedap

anda tidak mempunyai idea untuk memasak hari ini? bila iya anda boleh cuba resepi mee kari ayam special yang akan saya kongsikan kali ini.

saya rasakan sepanjang tahun ini masakan yang paling kerap dimasak adalah mee kari dan mee kari ni paling sedap bila dimasak bersama air rebusan udang. saya sendiri agak pandai memasak mee kari setelah beberapa kali mencuba dan cuba lagi.

boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahanya memang banyak, termasuk bahan untuk taburan diatas hidangan atau hiasan.
Resepi Mee Kari Ayam

Resepi Mee Kari Ayam Special 


sejak dua tahun lepas, hampir setiap bulan saya selalu memasak mee kari sebab keluarga saya sangat suka dengan masakan ni.
Baca Juga:
resepi ayam masak halia sedap berkuah
resepi rendang ayam asli minang
resepi nasi kukus ayam goreng berempah dan kuah
bagi saya mee kari ni sangat menarik, sebab kombinasi seafood yaitu udang dan kerang juga boleh menambah lebih cita rasa kuah kari. untuk menyediakan mee kari tidaklah susah manapun, main campak aje pun sedap.

pasti anda penasaran kan? jom kita layan resepinya dibawah ni.

Bahan-Bahan
Resepi Mee Kari Ayam


  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam - potong kecil
  • 13 biji bebola ikan (fish cake)
  • 300 gram udang - buang kulit
  • 4 sudu besar rempah kari ayam - bancuh menjadi pes pekat
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping kek ikan (cake fish)
  • 1 biji kentang - rebus dan lecek halus
  • 1 kg kerang - rebus dan ambil isi
  • 2 cawan air dari rebusan udang yang dibuang
  • 2 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor
Bahan dikisar Halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 1 batang serai - hiris nipis
Bahan Untuk Rempah Tumis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 tangkal daun kari
  • 1 batang kayu manis
Bahan Untuk Hiasan
  • 4 biji telur - potong 2 bahagian
  • bawang goreng
  • 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
  • daun bawang
  • cili merah
  • liamu kasturi - potong 2 bahagian
  • taugeh
  • 2 tangkai sawi - potong dan rebus
  • rebusan udang (tidak wajib)
Cara Membuat Mee Kari Ayam 

#1: panaskan air sampai mendidih kemudian celur mee kuning seketika. angkat dan toskan

#2: panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. tumis bahan rempah sampai naik bau kemudian masukan juga bahan kisar halus dan pes rempah kari. kacau sampai sedikit agak garing dan sampai pecah minyak

#3: selepas tu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. tuang sanatan cair dan air rebusan udang. selepas tu masak sampai kuah mendidih

#4: masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam glugor, bebola ikan, dan santan pekat. kacau kembali kuah tadi supaya semasa proses memasak tidak pecah minyak.

#5: masukan sedikit gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya.
Resepi Mee Kari Ayam

bila mee kuah kari dah masak bolehlah dihidang ,mengikuti kreativiti tekak masing-masing. itulah resepi mee kari ayam special yang saya bahagikan untuk anda. terima kasih sudah mau berkunjung di blog saya ni.

No comments:

Powered by Blogger.