Ads Top

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu Sedap dan Mudah

hari ini saya nak buat resepi ikan masak taucu dan rasanya semua orang tahu cara memasak ikan masak taucu nie. tapi saya ingin juga berkongsi disini sebab keluarga saya suka masakan begini.

sebenarnya saya sempat bertanya dengan pak cik google, apa masakan sedap untuk di masak ikan kerisi?

jawabnya masak taucu. akhirnya pagi sangat saya pergi ke pasar tani untuk membeli ikan kerisi. setelah membeli ikan kerisi saya dah tak sabar untuk segera memasaknya kerana saya belum pernah lagi mencuba masakan ini.
Resepi Ikan Masak Taucu Sedap

Resepi Ikan Kerisi Masak Taucu


pasti anda penasaran kan? jom kita layan resepi dibawah ni

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan kerisi
  • 4 biji cili merah - hiris
  • 3 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar tauchu
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • sedikit gula dan garam
Cara Memasak Ikan Kerisi Masak Taucu
Resepi Ikan Masak Taucu

#1: lumur ikan bersama kunyit dan garam setelah itu goreng dan toskan

#2: pada minyak yang sama tumis bawang besar, halia, bawang putih yang telah dihiris tadi sampai harum dan masukan cili padi dan cili merah.

#3: masukan taucu dan kacau rata. selepas itu masukan air dan air asam jawa masak sampai mendidih. kemudian masukan sedikit gula dan garam atau secukup rasa.


#4: bila bumbu tadi sudah mendidih masukan ikan kerisi sekejap sahaja. anda boleh sesuaikan rasa bila air kurang boleh tambah air.

Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi yang panas pula, Mmmmm Sedaaappp!
Baca Juga:
resepi sambal ikan bilis kering melaka
resepi ikan tenggiri masak kicap pedas
itulah resepi ikan kerisi masak taucu yang saya nak bagi dan selalu kunjungi blog blogopsi.com kerana saya akan menulis resepi-resepi terbaru, terima kasih

No comments:

Powered by Blogger.