Ads Top

Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Lazat

resepi nasi ayam penyet - apa anda tahu kenapa makanan ini diberi nama penyet? ramai orang sebut penyet tu sama maknanya penyek dalam sebutan kita. jadi makna makanan ini adalah makanan yang dipenyek-penyekan.

tetapi, ia masih kurang tepat. yang benar penyet adalah istilah yang berasal dari bahasa jawa yang bermaksud lumat. jadi dalam istilah bahasa indonesia bermaksud bahan makanan yang dimasak dilumat.

kehebatan nasi ayam penyet terletak pada sambal dia, kalo sambal dia sedap. yang lain tak pandang mesti jadi sedap juga.

makanan ini berasal dari jawa timur, indonesia dan saya saya pernah datang berkunjung ke indonesia, disana saya cuba membeli masakan khas seperti, sate, rendang, urab, bakso, dan masih banyak lagi.
Resepi Nasi Ayam Penyet

bumbu yang digunakan pun tak jauh beza dengan negara kita. tetapi, yang paling berbeza masakan indonesia sangat sangat sangat pedas.

Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah

pada asalnya makanan ini terbuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu ketumbar dan garam. tempe tersebut kemudian digporeng dan disajikan dengan sambal.

di Malaysia biasanya masakan dijual dengan harga RM 6.00 hingga RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. jadi kalau anda besar keluarganya pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengar harga semahal itu.

anda jangan risau sebab cara membuat nasi ayam penyet tak susah. mudah aje bila anda mengikuti step by step berikut ini.

Bahan-Bahan untuk Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam (ayam dipotong ikut kesesuaian biasanya dipotong 4 atau 8 dan cuci ayam bersih-bersih)
  • ayam kemudian direbus hingga empuk, ita tambahkan kiub ketika merebus ayam. bila dah empuk angkat dan toskan
Note : air rebusan ayam jangan dibuang kita gunakan untuk membuat sup dan menanak nasi

Bahan Perapan

  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
*semua bahan tadi digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum


  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur (tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih 
  • 1/2 cawan tepung beras (tambahan untuk ayam berkeriuk rangup)
  • sedikit air untuk mengisar
  • minyak untuk menggoreng
Cara Membuat Ayam Penyet

#1: pertama, goreng jintan putih, jintan manis dan ketumbar di dalam kuali tanpa minyak sampai harum. kemudian masukan bahan yang disangai tadi bersama serbuk lada putih, halia, garam ,bawang putih, serbuk kari, dan serbuk kunyit.

#2: tambahkan sedikit air dan kisar sampai halus. bila dah halus, lumurkan pada ayam yang dah kita rebus tadi. (bila anda ingin rasa yang lebih sedap perap ayam semalaman sebelum digoreng dan bagi anda yang nak cepat 2 hinga 3 jam pun boleh).
Note: Baki ramuan perapan ayam tu jangan dibuang, anda boleh ambil sedikit. siapkan bekas berasingan dengan ayam dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali.
#3: baki perapan ayam atau tahu dan tempe itu kemudian anda campurkan dengan telur dan tepung beras. dan jika kurang masim anda boleh menambahkan sedikit garam dan kacau rata.

Resepi Nasi Ayam Penyet
#4: celupkan ayam dalam campuran tadi dan goreng ayam sampai kuning keemasan. angkat dan toskan minyaknya. bila anda tak suka dengan ayam yang dicelup tepung anda boleh menggoreng ayam yang diperap tadi.
nasi ayam penyet

Note: sebaiknya sebelum menggoreng ayam, tahu dan tempe digoreng terlebih dahulu dan baki minyak tu boleh buat menggoreng ayam.
Bahan untuk Sup Ayam

  • 1 inci halia -  dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • baki air rebusan ayam
  • daun bawang dan daun sup - dihiris
  • bawang goreng - untuk hiasan

Cara Membuat Sup Ayam
sup ayam penyet

#1: baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat sup dan separuh lagi kita buat untuk menanak nasi dan panaskan semual atas dapur, kemudian tambahkan halia, serai, dan sup bunjut dan masak hingga mendidih

#2: selepas tu perasakan dengan garam dan taburkan daun bawang dan daun sup (anda boleh taburkan daun bawang bila suka)

Bahan untuk Nasi Ayam

  • 3 cawan beras - cuci bersih dan toskan airnya
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 4 biji pelaga
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit garam
  • sedikit butter
Cara Membuat Nasi Ayam
nasi ayam penyet

#1: pertama panaskan butter, selepas tu tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih, dan pandan hingga harum. masukan beras dan masak sebentar kurang lebih 5 minit.

#2: masukan air rebusan ayam, perasakan dengan garam dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

Bahan untuk Sambal Penyet
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji bawang merah - belah 4
  • 10 biji tangkai cili merah
  • 5 biji tomato - belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 biji bawang putih- dihiris
  • 2 sudu makan ikan hilis
  • limau kasturi atau limau nipis
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat Sambal Penyet
sambal penyet

#1: pertama, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan. dengan minyak yang sama goreng bawang merah, tomato, cili merah, dan cili padi hingga layur.

#2: tunggu bahan ini hingga sejuk sikit, kemudian masukan bahan yang digoreng tadi dan ikan bilis ke dalam mesen kisar. kisarkan sekali belacan bakar.

#3: baki minyak kita menggoreng tadi panaskan lagi dan tumiskan semua bahan kisar tadi sampai harum.

#4: terakhir, perasakan dengan sedikit garam dan gula merah. angka dan hidangkan. bila nak makan perahkan limau.

akhirnya, ini dia resepi nasi ayam penyet ala bundo dah siap dihidangkan.
Baca Juga: Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap
terima kasih anda sudah berkunjung di blog saya yang sederhana ini. bila bermanfaat anda boleh share :-)

No comments:

Powered by Blogger.