Ads Top

Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap

Resepi Nasi Ayam Hainan - halo pembaca semua, hari ini saya nak bingung sebab saya tidak ada selera untuk makan. mungkin kerana saya sedang hamil jadi malas sangat untuk pergi ke pasar tani.

selepas saya duduk-duduk akhirnya munculah idea untuk membuat nasi ayam hainan. sebenarnya sudah lama saya ingin memasak nasi ayam hainan. namun kerana saya sibuk jadi sampai sekarang dapat terlaksana.

konon makanan ini berasal dari cina dan dikaitkan dengan masakan malaysia dan singapura. di beri nama hainan sebab dahulu masakan ini berasal dari suku hainan dalam kawasan Nanyang.

resepi inipun dah lama tersimpan, saya dapat dari blog masakan dari singapura. ayam bagi nasi ayam hainan tak sama dengan ayam bagi nasi ayam biasa yang ayamnya digoreng atau dibakar terlebih dahulu.

Resepi Nasi Ayam Hainan

kerana masakan ini hanya direbus dan dilumuri dengan minyak bijan sahaja. masakan ini sangat populer dikalangan orang cina. penasaran kan? jom kita layan gambar-gambar dan resepinya.

Resepi Nasi Ayam Hainan 


Bahan-Bahan
  •  1 ekor ayam
  •  koser salt
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 4 inci halia muda (saiz 1/4 setiap satu)
  • 2 batang daun bawang (saiz 1 inci setiap satu)
 Bahan untuk Sos Cili
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu besar "sriracha chili sauce"
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 1 inci halia
  • sedikit garam
Bahan untuk Sos Ayam
  • 5 sudu besar Light Soya Sauce
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu besar minyak garlic

Bahan untuk Nasi
  • 2 cawan beras basuh dan rendam selama 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp Vegetable Oil
  • 1 inci halia muda - cincang
  • 1 sudu kecil kosher salt
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
untuk Hiasan
  • 1 timun
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • sedikit daun ketumbar
Cara Membuat Nasi Ayam Hainan

#1: pertama, untuk menghilangkan sebarang kotoran bersihkan ayam dengan cara menggosok kulit ayam dengan garam luar dan dalam. kemudian bilas
cara membersihkan ayam

#2: lumurkan ayam dengan garam liar dan dalam, masukan batang daun bawang dan halia ke dalam ayam. siapkan periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci. kemudian masukan ayam kedalam periuk tadi dan tenggelamkan. panaskan dengan api besar sampai ayam masak.
masukan halia dan daun bawang

#3: selepas masak, keluarkan ayam dan rendam didalam air ais yang berguna untuk menghentikan proses ayam terus masak dan menyejukanya. kemudian buang daun bawang dan halia didalam perut ayam. selepas itu simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

#4: untuk memasak nasi : Tos beras yang direndam. panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam. selepas itu, masukan halia dan bawang putih sehingga wangi. masukan beras kedalam minyak tadi dan goreng sekejap dalam 2 minit.
memasak nasi

masukan garam, minyak sesame, dan masukan air rebusan ayam danmasaklah dalam periuk elektrik. bila anda ingin lebih sedap boleh masukan daun pandan.

#5: sementara menunggu nasi masak, keluarkan ayam dari air ais kemudian potong ayam menjadi beberapa bahagian. lumurkan ayam dengan minyak sesame luar dan dalam. tuang sos ayam di atas ke atas ayam  yang dipotong sebelum dihidang.
tuang sos ikan diatas ayam

#6: untuk membuat sup : panaskan sup dan masukan garam, dan daun bawang sebagai hiasan. bila anda ingin lebih sedap boleh menambahkan bawang goreng
sos cili dan dark soy sauce

#7: untuk membuat sos cili : kisar bahan tadi sampai halus
Note: sekarang yang terakhir hidangkan ayam dengan dark soy sauce, sos cili, sup dan hirisan timun. kemudian letakan daun ketumbar diatas nasi dan ayam.
bagaimana resipi nasi ayam hainan yang anda baca ini mudah kan? bila artikel ini bermanfaat anda boleh bagi melalui sosial media dibawah, terima kasih.
Sumber imej : http://aziejaya.blogspot.co.id/2012/01/nasi-ayam-hainan.html

No comments:

Powered by Blogger.