Ads Top

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

resepi ikan keli goreng berlada - hello, ibu-ibu yang sedang memikirkan apakah menu yang ingin dimasak di hujung minggu ini.

seperti ibu-ibu yang lain pada setiap hujung minggu saya selalu ingin memasak masakan istimewa untuk keluarga dan seperti biasa pada hari sabtu saya akan pergi ke pasar tani membeli lauk-pauk untuk bekalan seminggu.

saya membeli banyak pada cili, bawang merah, bawang putih, ayam, dan semua kelengkapan dapur. saya jarang sangat membeli ikan sebab sudah mahal. tetapi, hari ini saya ingin memasak ikan jadi akhirnya saya membeli ikan keli.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

dan masakan yang akan saya buat adalah resepi ikan keli goreng berlada. pasti penasaran kan? jom kita tengok bagaimana cara saya memasak.

Bahan-bahan
  • 10 ekor ikan keli sederhana besar
  • minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa
 Bahan-Bahan dikisar Kering

bahan kisar untuk resepi ikan keli

  •  6 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar - dibelah 4
  • 6 tangkai cili kering - direndam sehingga lembut dan dibasuh
  • 3 biji lada besar (cili solok)
  • 6 biji cili merah
Cara Membersihkan Ikan Keli

cara membersihkan ikan keli

#1: pertama, masukan ikan keli bersama beberapa biji limau kasturi yang diperah airnya dan beberapa sudu garam besar di dalam besen. tutp dengan tudung periuk dan goncang.

#2: ketepikan selama beberapa minit. kemudian gosok-sosokan badan ikan dengan limau kasturi, basuh ikan keli dan anda akan rasakan ikan keli mudah dipegang kerana lendir telah berkurang.

#3: belah perut ikan keli dengan pisau, bersihkan semua bahagian isi perut dan insang. untuk menghilangkan hanyir buang pula sekali darah beku pada bahagian kepala.

#4: potong semua sirip ikan keli dan kedua-dua patil. kemudian, cuci dengan air bersih. perapkan bersama garam dan limau kasturi selama kurang lebih 10 menit, terakhir bersihkan.

Cara Memasak Ikan Keli Goreng Berlada


#1: selepas ikan dibersihkan, lumuri ikan keli dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian gaul rata

#2: panaskan minyak dan goreng ikan keli sehingga garing (semasa menggoreng ikan keli mesti berhati-hati kerana ikan keli akan meletop bila digoreng) kemudian angkat dan tepikan, susun diatas pinggan.

#3: tumis semua bahan-bahan kisar sehingga garing. masukan 1/2 cawan air, gula secukup rasa, sos ikan, dan garam. masak dan kacau sampai semua bahan tadi kering sedikit.

#4: curahkan sambal diatas ikan dan ikan keli sedap ala ibu siap dihidangkan.

bagaimana resepi ikan keli goreng berlada tadi, mudah bukan?
 
beberapa hari lalu saya juga menulis resipi ikan siakap goreng 3 rasa dan resipi ikan siakap stim limau yang bagus untuk anda baca.

besok-besok saya juga ingin mencuba memasak ikan lain dan bila kamu punya cadangan sila tulis di komen ya, terima kasih.

No comments:

Powered by Blogger.