Ads Top

Resepi Biskut Semperit Dahlia Paling Sedap

Hello, pembaca setia blogopsi.com hari ini saya ingin kongsikan Resepi Biskut Semperit Sedap. Biskut ini biasanya menjadi menu dihari raya dan sangat sesuai dihidangkan bersama biskut nestum dan coklat chips.

Baca Juga:



Biskut semperit memang diminati dari dulu hingga sekarang sebab ianya sangat sedap dan mudah juga untuk dibuat sendiri dirumah. resepi ini saya dapat ketika berkunjung ke rumah rakan dan saya disuruh untuk cuba memakan biskut semperit buatanya. rakan saya memang pandai membuat biskut ini sampai-sampai saya meminta untuk dibawa pulang.
Resepi Biskut Semperit Dahlia

Resepi Biskut Semperit Dahlia

sebelum saya balik dari rumah rakan, saya meminta resepi ini dan akan mencuba membuatnya sendiri dan sekarang, saya sudah cukup pandai membuat resepi biskut semperit. jom kita layan resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung jagung 
  • 2 sudu teh pewarna kuning
  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan butter atau mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan gula kisar
  • 1 cawan tepung ubi
  • hirisan buah ceri merah - untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Semperit

1. putar butter dan gula kemudian campurkan esen vanilla dan telur

2. ayak ketiga-tiga tepung kemudian campurkan dengan bahan yang diputar tadi sedikit demi sedikit. selepas itu uli hingga sebati dan bila masih lembek boleh tambah tepung jagung.

3. sapu dulang dengan butter dan masukan doh dalam acuan semperit. kemudian tekan doh ikut bentuk bunga dahlia.

4. bakar atau panaskan dalam oven bersuhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.


Petua Agar Bunga Semperit Tak Rebah
Resepi Biskut Semperit Paling Sedap

1. masukan dih ke dalam frezeer selama 30 minit sebelum diterap memakai acuan semperit

2. ketika putar doh jangan sampai over heat agar hasil lebih cantik.

3. rehatkan dulu biskut selama 30 minit sebelum masuk ke dalam oven

4. masukan hanya kuning telur sahaja dan putih telur jangan sampai ikut di masukan.

demikianlah entri resepi biskut semperit yang saya kongsikan semoga bermanfaat dan jangan luapa selalu kunjungi blog saya yang sederhana ini.

No comments:

Powered by Blogger.