Ads Top

Resepi Biskut Coklat Chip Berkacang Mudah

Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Biskut Coklat Chip Berkacang. resepi ini saya dapatkan dari rakan yang membawa semasa berkunjung ke rumah saya. setelah saya mencuba ternyata rasanya sangat pedas dengan rasa manis bercampur masin yang sangat lazat di lidah dan saya terus meminta resepi.

saya sebenarnya sudah cukup lama menyimpan resepi ini dan keinginan untuk membuat biskut coklat chip ini bertambah apabila saya mendapat jemputan saudara di Johor. sebagai hadiah untuk saudara saya membuat biskut coklat chip ini.
Resepi Biskut Coklat Chip Mudah

Resepi Biskut Coklat Chip Sedap

Biskut ini juga sangat sesuai bila disediakan ketika hari raya dan biskut nestum sebagi makanan utama. anda boleh membacanya disini "Resepi Biskut Nestum Sedap".  jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan

  • 180 gm butter
  • 150 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm tepung gandum
  • 80 gm gula kaster
  • 80 gm chocolate chips
  • 100 gm kekacang - almond, sunflower seeds
  • 59 gm cornflakes - ramas kasar
  • 50 gm shortening
  • 1/2 sudu kecil soda bicarbonate 
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Buat Biskut Coklat Chips
Resepi Biskut Coklat Chip Mudah

#1: putar gula dan butter hingga berkembang. kemudian masukan shortening dan kacau.

#2: satukan garam, soda bicarbonat, dan semua tepung-tepung. kemudian masukan ke dalam adunan mentega selepas tu kacau rata.

#3: masukan segala kacang, coklat chips, dan cornflakes kemudian kacau rata. dengan menggunakan sudu. sudukan adunan sehingga berbentuk seperti biji guli. 

#4: siapkan loyang dan lengserkan dengan sedikit butter dan sudukan adunan tadi kedalam loyang. diberi sedikit jarak kerana biskut akan mengembang.

#5: akhir sekali, bakar menggunakan oven bersuhu 160 drajah celcius selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

jangan lupa biarkan sejuk ketika hendak disimpan dan sekian resepi biskut coklat chip berkacang yang saya kongsikan dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.