Ads Top

Resepi Aiskrim Oreo Malaysia Mudah

saya amat suka sekali aiskrim. bahkan, ketika zaman masih kecil sangguplah saya sehari suntuk makan aiskrim tu berbatang-batang sehari. memang indah jika mengingat zaman kecil dan rasanya saya ingin kembali menjadi anak-anak sahaja. hari ini saya ingin share resepi aiskrim oreo sedap dan mudah.

rasanya sudah lama juga tak makan aiskrim. oh iya beberapa hari lalu saya telah share resepi aiskrim sumi viral yang juga tidak kalah sedap. zaman dahulu aiskrim dibuat dengan mudah iaitu dengan aiskrim malaysia yang dibuat dalam palstik panjang.


Resepi Aiskrim Oreo

Resepi Aiskrim Oreo

zaman sekarang aiskrim telah bermacam-macam cara membuatnya termasuk aiskrim oreo ini. oke lah sekarang kita tengok cara membuat aiskrim oreo dan jom kita cuba di rumah.

Bahan-Bahan

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar ovalett
  • 1 biji telur
  • 1 paket biskut oreo
  • 1/4 susu paket 
Cara Membuat Aiskrim Oreo

1. masukan semua bahan tadi kecuali biskut oreo kedalam blender atau mixer kemudian putar semua bahan tadi hingga kembang atau selama lebih kurang 15 - 20 minit.

2. tuang semua bahan tadi kedalam bekas ice cream dan masukan biskut oreo yang telah dihancurkan.

3. kemudian kacau rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.

4. akhir sekali, tutup bekas aiskrim dengan rapat kemudian simpan di peti sejuk/freezer dan bila sudah keras aiskrim siap untuk dimakan.

Note :


  • bila anda tak suka telur atau alergi telur resepi ini tetap sedap waaupun tak letak telur.
  • esen vanilla berguna untuk menghilangkan bau hanyir telur jadi tak usah takut meletakan telur yang masih mentah.
bagaimana senang sahaja kan resepi aiskrim oreo yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa di artikel selanjutnya.

No comments:

Powered by Blogger.