Ads Top

Resepi Chilled Mango Cheese Cake/ Kek Keju Mangga

Apa Khabar dan salam sejahtera semua, sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi Chilled Mango Cheese Cake atau kek keju mangga. Hari Raya Aidil Fitri sebentar lagi tiba sama ada anda sudah menyiapkan resepi kek atau kuih raya?

makanan ini berbeza sikit sebab ianya jenis kek beku bukan jenis masak dalam oven dan kek ini memang sedap bahkan lepas makan kek tu. saya cuba buat sendiri sebab tak puas rasa makan sepotong. kek ini saya buat semalam sambil-sambil chat dengan kawan facebook.
Resepi Chilled Mango Cheese Cake

Resepi Chilled Mango Cheese Cake


sebenarnya saya sudah cuba tengok google tapi sepertinya belum banyak yang cuba share resepi ni. untuk membuat kek ni saya menggunakan Cheese yang sedap sedikit macam philadelphia by craft dan saya rasa chesse inilah yang paling sesuai dan sedap.

Artikel Berkaitan:



pasti sudah tidak sabar ke? jom kita layan resepi kek keju mangga sedap dibawah:

Bahan-Bahan

  • 250 gram cream cheese
  • 200 ml whipping cream - disejukan (1 kotak kecil)
  • 200 gram biskut - saya gunakan biskut marie
  • 2 - 3 buah mangga - buang kulit dan dikisar isi kemudian potong dadu
  • 100 gram mentega - dicairkan
  • 125 ml air sulam
  • 50gram - 60 gram gula halus
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal - saya gunakan NUR
Cara Membuat Kek Keju Mangga

1. hancurkan biskut marie menggunakan food processor kemudian masukan mentega yang sudah dicairkan tadi sedikit demi sedikit sehingga boleh mendapatkan bancuhan yang boleh dikepal.

2. masukan campuran tadi kedalam tin springform berukuran 8 inci atau 20 cm kemudian tekan hingga padat dan masukan ke dala peti sejuk/ freezer

3. sekarang putar cream cheese bersama gula halus hingga menjadi berkrim. selepas tu masukan puree mengga tadi dan putar hingga rata.

4. dalam bekas berlainan putar whipping cream sampai mengembang dan masukan bancuhan keju tadi. gaul campuran tadi hingga rata boleh menggunakan spatula kemudian bila sudah rata ketepikan.

5. air suam bancuh bersama gelatin halal. kacau hingga menjadi jernih dan larut. selepas tu tuang bancuhan kedalam cheese dan kacau hingga rata.

6. masukan 1/2 buah mangga yang sudah di potong tadi dan gaul hingga rata. kemudian tuang kedalam tin yang disejukan kedalam dalam peti sejuk tadi dan ratakan.

7. akhir sekali, simpan kembali ke dalam freezer selam lebih kurang 4 jam dan keluarkan dari tin kemudian hias atasnya dengan baki buah mangga dan kek keju siap dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja ke resepi chilled mango cheese cake yang saya share ini dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya ya.

No comments:

Powered by Blogger.