Ads Top

Resepi Chocolate Brownies Kedut Mudah

Resepi Coklat Brownies Kedut ini sangat popular di masyarkat malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dengan 3 jenis coklat di dalamnya. resepi ini mudah dibuat kerana brownies ini jenis yang tebal dan dense serta berat.

banyak masyarakat malasyia yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini. sebenarnya kek ini sudah cukup lama popular dan dikenali dengan nama Chewy Gooey Yummy Brownies. mungkin nama brownies kedut lebih akrab ditelinga kita.
Resepi Chocolate Brownies Kedut

Resepi Chocolate Brownies Kedut

bila anda ingin mendapatkan rasa yang lebih sedap mesti menggunakan bahan-bahan brownies yang agak mahal sedikit dan pilihlah chocolate masakan yang berkualiti. selain tu anda boleh pakai pure butter dan chocolate Chips atau Kacang bila suka.

kenapa saya katakan membuat brownies ini cukup mudah. sebab, tidak perlu menggunakan mixer hanya gaul menggunakan senduk kayu atau wisk sahaja. ketika gaul tak perlu kuat-kuat cukup agar adunan menjadi sebati atau memadai sahaja.

Artikel Berkaitan:


pada resepi Chocolate Brownies kedut yang saya kongsikan ini saya kurangkan kandungan gula dan butter sebab sudah menggunakan banyak coklat bar yang mengandung banyak gula dan lemak. jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 125 gm tepung gandum
  • 100 gm butter - saya gunakan jenama anchor
  • 300 gm dark chocolate - saya pakai jenama beryls
  • 3 biji telur size A
  • 100 gm gula perang - bila ingin gunakan gula castor kurangkan menjadi 80 gm sahaja.
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1/4 cawan white chocolate chips
  • 1/4 cawan chocolate chips
  • 1/2 tsp garam
Cara Buat Chocolate Brownies Kedut
Resepi Chocolate Brownies Kedut

1. panaskan oven bersuhu 160' C kemudian potong butter dan coklat bar menjadi bahagian kecil-kecil dan cairkan bahan tadi dengan kaedah Double-Boiler sampai benr-benar cair, bila dah cair angkat dari api.

2. masukan gula kedalam bahan tadi dan kacau sebati kemudian masukan esen vanilla, masukan telur sebiji demi sebiji. setiap sebiji masuk kacau sekejap menggunakan senduk. 

3. masukan garam bersama tepung kemudian kacau. kemudian masukan chocolate chips dan simpan sedikit untuk tabur diatas nanti.

4. tuang dalam acuan yang digris kemudian diletakan kertas alas. kertas alas bagi lebih sedikit ke atas supaya senang bila tarik brpwnies dari acuan. kemudian taburkan sisa chocolate chips diatas adunan tadi. anda boleh menambahkan almond atau walnut jika suka.

5. akhir sekali, bakar adunan dalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. tetapi, jangan terlebih masak kerana nanti agak kering dan tidak sedap. 

6. brownies siap dihidangkan tetapi bila ingin lebih sedap simpan di dalam freezer dan makan keesokan harinya.

sebenarnya, resepi chocolate brownies kedut ini berasal dari teman saya, tapi sudah saya ubahsuai sikit agar sesuai dengan selera saya.

No comments:

Powered by Blogger.