Ads Top

Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah dan Ringkas

resepi nasi briyani ayam merupakan makanan makanan yang cukup terkenal dengan masakan nasi dan lauk lauk kandarnya. saya sudah beberapa kali memasak nasi beriani dan rasanya cukup sedap.

makanan ini biasanya dihidangkan ketika hari raya besar seperti Aidil Adha, pasti bonda penasaran kan? jom kita layan resipi di bawah:
Resepi Nasi Beriani Ayam

Resepi Nasi Beriani Ayam Mudah


Bahan-Bahan

  • 5 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 4 cawan air rebusan ayam atau boleh guna air biasa
  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam lebih kurang 20 minit)
  • 3 helai daun pandan simpul
  • 2 paket rempah beriani maggi (jadikan pes)
  • 1 kiub ayam maggi
  • minyak masak atau mentega
  • rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga)
  • gajus, daun ketumbar, daun pudina, dan kismis (hiasan)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 ekor ayam (potong sesuai selera)
Cara Memasak Nasi Beriani Ayam

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan rempah 4 beradik dan bawang merah shingga garing dan wangi. selepas tu masukan pes beriani dan tumis hingga pecah minyak.

#2: kemudian masukan ayam ke dalam tumisan tadi dan gaul sehingga ayam separuh masak. selepas tu masukan beras dan kacau sebati hingga beras separuh masak.

#3: masukan susu cair, kiub ayam, daun pandan, gajus, kismis, dan air. sisakan kismis dan gajus untuk hiasan yee

#4: kacau sekali-kali dan biarkan nasi hingga kering dan bila nasi dah kering kecilkan api, tunggu sampai nasi masak.

#5: akhir sekali, bila nasi dah masak gembur-gemburkan nasi dengan daun pudina dan taburkan ketumbar, gajus, dan kismis sebagai hiasan.

nasi beriani ayam ini sangat mudah dan ringkas dan sangat sesuai untuk bonda yang tidak mempunyai banyak masa di dapur. sampai jumpa di artikel seterusnya ya.

No comments:

Powered by Blogger.