Ads Top

Resepi Acar Ikan Masin Kurau Sedap

Hello semua, sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi acar ikan masin kurau. menu ini sangat sesuai untuk dihidangkan di bulan puasa kerana sangat sedap menjadi pembuka selera bila berbuka puasa.

acar ikan masin boleh gunakan ikan talang, ikan merah, atau ikan kurau. tapi saya menggunakan 300 gram isi ikan kurau masin dan bila masih ada rasa lemak-lemak masin tak ape lah kan dah namapun ikan masin.
Resepi Acar Ikan Masin Kurau

Resepi Acara Ikan Masin


sebenarnya, saya bercadang untuk berkunjung ke rumah kawan dan kelmarin dapat mesej dari rakan yang berada di johor, katanya elok-elok bawa sambal. terfikir juga nak buat apa. saya perlu buat makanan yang boleh tahan lama dan teringat acara ikan masin ini.

nak kata jujur ikan masin ni sedap sangat sebab ada rasa lemak-lemak masin dikit dan manis. bila anda ingin menyimpanya boleh masukan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. jom kita layan resepi acar ikan masin kurau dibawah.

Bahan-Bahan
  • 300 gram isi ikan kurau masin atau talang - saya gunakan ikan kurau
  • 10 biji cili padi merah atau hijau
  • 1 camca besar penuh gula melaka2 tangkai daun kari - dilurut
  • 7 - 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 camca besar gula atau secukupnya
  • secubit garam
  • cuka secukupnya
Bahan Kisar Kering
  • 1 camca teh halba
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh biji sawi
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus
Bahan Kisar Halus
  • 1 inci halia
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 bawang besar
Cara Membuat Acar Ikan Masin Kurau

1. potong isi ikan kurau berbentuk memanjang atau saiz sederhana kemudian rendam selama lebih kurang 1 jam tapi ganti selalu air rendaman setiap 20 minit. goreng isi ikan kurau hingga setengah masak dan toskan.

2. panaskan minyak dalam kuali dengan anggaran 1/2 cawan dan tumis bahan kisar halus bersama daun kari hingga naik bau. ketika menggoreng gunakan api kecil dan kacau selalu. selepas tu masukan semua bahan rempah yang dikisar kering tadi dan kacau. masak hingga harum.

3. masukan cuka bersama gula pasir dan gula melaka. kacau hingga rata dan biarkan mendidih. tambah cili padi, ikan masin, bawang putih, dan bawang merah. kemudian gaul hingga rata dan tambahkan sedikit air. 

4. masak hingga pekat dan perasakn dengan garam secukupnya dan bila anda ingin agak manis boleh tambahkan sedikit gula. bila sudah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

Note:

ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. bagaimana resepi acar ikan masin kurau yang saya share ini mudah sahaja kan?

1 comment:

  1. Online Casino Site ᐈ New Brands List for 2021
    In terms of betting in the casinos, New Jersey offers 1xbet korean its casino customers the option to wager via a mobile device. The 카지노사이트 casino offers new users 메리트 카지노

    ReplyDelete

Powered by Blogger.