Ads Top

Resepi Ayam Masak SOS lemon Mudah dan Ringkas

sudah beberapa hari saya tidak menulis lagi di blog ini dan hari ini saya akan berkongsi resepi ayam masak sos lemon. saya ingin hasil gorengan ayam yang rangup di bahagian luar dan berjus di bahagian dalam.

khusus untuk sos saya inginkan warna yang cantik tanpa menggunakan sebarang pewarna, jadi pasti rasanya lebih sedap.
Resepi Ayam Masak SOS lemon

Resepi Ayam Goreng SOS Lemon 


pasti ingin tahu kan? jom kita layan resepi dibawah

Bahan-Bahan
  • 3 keping daging ayam bahagian sukuan peha - pisahkan tulang dan bersihkan
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam - ambil putih telur saja
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam maggi cukup rasa
  • minyak yang banyak untuk menggoreng ayam hingga tenggelam
Cara Memasak Ayam

#1: gaul daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa kemudian celupkan dengan putih telur

#2: selepas tu campurkan tepung jagung, tepung beras, serbuk lada putih, tepung gandum dan gaul sebati, kemudian salutkan ayam dengan campuran tepung tadi.

#3: panaskan minyak dalma kuali dan goreng tenggelam daging ayam sehingga warna keemasan dan masak.

#4: angkat dan toskan kemudian potong sesuai cita sara dan tuangkan sos lemon diatasnya.

Bahan-Bahan Sos Lemon
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu makan pekatan pati oren sunquick
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 2 biji limau sunkist - ambil jusnya lebih kurang 1 cawan
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan 3/4 cawan air
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan stok ayam pekat maggi
Cara Membuat SOS

#1: panaskan mentega kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. masukan jus limau sunkist, sos plum, stok ayam pekatm maggi, jus lemon, dan pekatan pati oren sunquick.

#2: masak sehingga mendidih dan kecilkan api. kemudian masukan bancuhan tepung jagung dam kacau seketika sehingga sos pekat

#3: akhir sekali, padamkan api dan tuang sos di atas ayam goreng tadi.

oke, selamat mencuba resepi ayam masak lemon yang saya kongsikan ini.

No comments:

Powered by Blogger.