Ads Top

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Pedas

resepi ikan tongkol masak kicap pedas boleh jadi pilihan bila anda ingin menyediakan menu masakan ringkas untuk hidangan keluarga.

bagi sebahagian orang yang sudah biasa memasak, resepi mudah macam ini tak payah fikir-fikir lagi lagi kerana tangan secara automatik menghiris ini dan itu, mengambil ini dan itu. tapi bagi orang yang sekali sekala memasak ada yang kena buat rujukan.

sebenarnya, resepi ini saya dapat selepas mengintai resepi kat blog Kak Azie. menurut saya resepi ikan masak  kicap ini sangat sedap sebab kuah kicap meresap masuk ke dalam isinya dan isinya lembut juga.
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap


beberapa waktu lalu saya juga menulis resepi ikan kembung masak kicap dan resepi ini lebih sedap bila dimakan dengan nasi panas. ingin tahu bagaimana cara saya memasak? jom kita tengok resepi dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap

#1: panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing

#2: selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih

#3: Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

#4: angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

bagaimana mudah kan resepi ikan tongkol masak kicap ini.
Baca Juga : 
resepi sambal tumis ikan bilis
resepi ikan keli goreng berlada
resepi ikan siakap goreng 3 rasa
terima kasih anda sudah mau melawat blog saya yang sederhana ini dan sampai jumpa di artikel selanjutnya ya.

No comments:

Powered by Blogger.