Ads Top

Resepi Sup Ayam Simple dan Mudah +++

Hari ini saya ingin kongsikan resepi sup ayam sedap dan istimewa khusus untuk anda pembaca blogopsi.com yang sangat istimewa. sepanjang bulan puasa saya hampir tidak pernah update entri di blog ini kerana memang letih sangat masak, mengurus suami dan anak-anak tercinta.

bagi mereka yang ingin rasa sup asli untuk rempah tidak menggunakan sup bunjut. resepi sup ayam ini sangat sedap dan mudah dan sesuai untuk hidangan berbuka puasa mahupun bersahur.
Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam Mudah


sup ayam ni sangat ringkas tapi tetap sedap dan istimewa. apa yang istimewanya sebab sup ayam ni tidak menggunakan rempah sup dan sup bunjut. resepi ini saya dapat dari rujukan Iresipi. tapi, bila anda tidak suka ayam boleh gantikan dengan daging atau tulang kambing.

bila anda demam badan tak berapa sihat hirup sup ayam boleh lega sikit. jom kita layan resepi sup ayam sedap dibawah.

Bahan-Bahan
  • 500 gm ayam - dipotong kecil dan cuci bersih
  • 3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji kentang - potong baji
  • daun bawang dan daun sup - dimayang halus
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1/2 batang lobak merah - potong panjang 1 inci
Bahan Kisar
  • 3 biji buah keras
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan manis - sangai dahulu
Cara Penyediaan

1. mula-mula panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga lawang.

2. selepas tu masukan ayam dan biarkan sebentar kemudian masukan juga air lebih kurang 3 cawan hingga merenih.

3. bila air sup sudah mulai mendidih masukan kentang dan lobak merah masak hingga empuk 

4. akhir sekali, masukan tomato yang sudah dibelah 4 tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya. taburkan daun bawang dan daun sup, sup ayam siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi sup ayam yang saya share dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.