Ads Top

[Rahsia] Resepi Asam Pedas Ikan Pari Sawi Jeruk Sedap

Resepi asam pedas ikan pari sedap adalah Dari satu masakan asli orang johor dan memang masakan ni tak boleh dipisahkan. ada berbagai versi asem pedas ada yang menggunakan cili hidup ada yang menggunakan cili kering.

pada entri sebelum ini saya sudah share pelbagai resepi asam pedas sedap yang boleh anda baca dibawah ni.



bagi anda yang suka makan asam pedas tapi was-was nak beli yang dikedai, anda boleh buat sendiri dengan mengikuti resepi ini. kerana bila anda buat sendiri pasti lebih segar dan yang penting tahap kebersihan terjamin dan tanpa bahan pengawet.
Resepi Asam Pedas Sawi Jeruk


Resepi Asam Pedas Sawi Jeruk


selain gunakan ikan, asam pedas boleh juga menggunakan daging dan ayam. tapi mengikut pendapat saya asam pedas ikan lah yang paling sedap.

sebenarnya resepi asam pedas sawi jeruk sudah banyak yang share di cik google kerana resepi ini sangat mudah. ok bila anda nak cuba dan belum masak tengah hari jom kita layan resepi sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 3 - 4 keping ikan pari - bersihkan dan toskan
  • 3 kelopak sawi jeruk
  • 1 kuntum bunga lawang - belah menjadi 2 bahagian
  • 3/4 cawan pes asam jawa
  • 1 ikub ikan pati bilis - optional
  • 2 senduk nasi cili kisar - boleh kurangkan bila tak suka pedas
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam - tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • air secukupnya
Bahan Kisar Halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
Cara Membuat Asam Pedas Sawi Jeruk

1. mula-mula potong ikan pari dengan saiz sederhana kemudian perap dengan jus limau nipis selama lebih kurang 20 minit. cuci sekali lagi hingga benar-benar bersih dan toskan. potong sawi jeruk menjadi bahagian kecil-kecil kemudian rendam dan ketepikan.

2. panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar halus hingga naik bau. kemudian masukan serbuk lada hitam bersama cili kisar. selepas tu kacau hingga rata dan naik bau (gunakan api kecil)

3. masukan 3 cawan air kacau dan biarka hingga air mendidih. kemudian masukan sawi jeruk yang sudah di toskan airnya dan diperah bersama ikan pari. masak sebentar dan masukan pes asam jawa.

4. masukan kiub ikan bilis dan bunga kantan. perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

5. akhir sekali, masak hingga ikan masak dan bila sudah masak bolehlah matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas dan telur dadar. MMMMMMM SEDAP!

bila suka kuah lebih anda boleh tambah sedikit air. bagaimana mudah sahaja kan resepi asam pedas ikan pari sawi jeruk yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.

No comments:

Powered by Blogger.