Ads Top

Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

resepi telur hancur dengan ikan bilis memang sedap bila anda tahu cara memasaknya dengan betul. sudah satu minggu saya tidak menulis di blog ini dan hari ini baru ada masa untuk saya berkongsi.

sebenarnya, saya teringat ada nasi yang berbaki dan masih elok lebihan makan malam. kerana tak mahu membazir. saya pun mencari resipi yang sesuai dimasak hari ini. setelah berfikir cukup lama akhirnya saya mencari idea memasak.

saya membuat resipi telur hancur dengan ikan bilis nie tak sampai 10 minit pun dah siap. pasti anda penasaran kan? jom kita tengok resepi dibawah.
Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

Resepi Telur Goreng Hancur dengan Ikan Bilis


Bahan-Bahan
Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis


  • ikan bilis sederhana besar - segenggam, cuci kemudian toskan
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang putih - hiris halus
  • 1/2 biji bawang merah - hiris halus
  • 2 biji cili hijau - hiris halus
  • 3 biji cili padi - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara Memasak
Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

#1: goreng ikan bilis sehingga garing lalu ketepikan kemudian goreng bawang merah, cili padi, cili hijau, dan bawang putih sehingga garing.

#2: masukan telur tadi di dalam kuali kemudian hancur-hancurkan. selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian kacau rata.

#3: padamkan api dan masukan ikan bilis yang dah di goreng tadi kemudian gaul rata.

#4: akhir sekali, angkat dan hidangkan dengan nasi panas-panas Mmmm Sedapppp!

resipi telur hancur dengan ikan bilis ini sangat mudah dan saya percaya anda pun mesti boleh memasak.

Baca Juga:
okay, sampai jumpa di artikel seterusnya ya. bye-bye.

No comments:

Powered by Blogger.