Ads Top

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Sedap

Resepi ikan siakap stim limau - kita tahu 1/3 wilayah di dunia adalah air dan air menyimpan kekayaan yang boleh kita manfaatkan. kekayaan tersebut diantaranya adalah ikan dan ikan amat banyak mengandungi protein.

ada banyak jenis ikan yang boleh kita makan. salah satunya ikan siakap yang boleh kita masak dengan cara apapun.

resepi ikan siakap stim limau adalah masakan yang paling saya suka. setiap weekend saya selalu memasak ikan ini.


sebenarnya ikan apa pun boleh dimasak dengan cara stim. namun, menurut saya ikan siakap mempunyai rasa yang lebih lazat berbanding ikan lain.
Resepi Ikan Siakap Stim Limau

oke, pasti anda ingin tahu bagaimana cara memasak ikan siakap ala saya. langsung saja simak tipsnya berikut ini.

Bahan-Bahan Untuk Siakap Stim Limau:
  • seekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 inci halia (dipotong memanjang)##
  • 3 helai daun limau purut##
  • 1/2 kiub pati ayam knorr atau serbuk secukup rasa##
  • garam, serbuk perasa dan sedikit gula##
  • 2 sudu sos ikan (takde pun takpe)##
  • 5 ulas bawang merah##
  • 4 ulas bawang putih##
  • 1/2 biji bawang besar##
  • lengkuas (dipotong memanjang)##
  • 3/4 biji limau nipis (perah dan ambil airnya sahaja)##
  • 3-5 biji cili merah ##
  • daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)
sekarang bahan-bahan jika dah lengkap langsung saja ikuti resepi dibawah ini
Resepi Ikan Siakap Stim

Cara Membuatnya:

#1: bersihkan ikan siakap dan disapukan dengan sedikit garam, kemudian kukus dengan sedikit air selama 15 - 20 minit (bergantung saiz ikan).

#2: sementara menunggu ikan siakap masak. panaskan sedikit minyak kedalam kuali dan masukkan semua bahan yang bertanda ##. panaskan sehingga layu. rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinya. saya panggil ini sebagai kuah asam limaunya.

#3: bila ikan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan kuah dan kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.

#4: terakhir angkat ikan dan sedia dihidangkan. jika anda ingin aroma yang lebih sedap taburkan daun ketumbar dan salad.
Note:
kalau nak nampak ikan siakap stim limau tu ada warna pelangi boleh ditambah cendawan, tomato, lobak, dan sebagianya.
itu saja resepi ikan siakap stim limau ala saya dan bila anda suka masakan pedas boleh menambah sedikit cili.

No comments:

Powered by Blogger.